Senin, 11 April 2016

Pikirku

Entahlah, mengapa pagi ini hatiku tidak tenang ??? Memikirkan perkara yang akan berlaku…perlukah memikirkan itu??? Penuh kerungsingan bila terfikir semua itu… aku memikirkan perkara yang sepatutnya difikirkan… bukan sengaja untuk difikirkan tetapi benda itu sentiasa berlaga-lega didalam kepala… ya saya memikirkan untuk bersedia menerima dalam apa jua yang akan berlaku kelak…
Cepatnya waktu berarak pergi…sudah pun menghampiri dengan bulan-bulan baru…umur sentiasa bertambah dan dosa sentiasa mengiringi umur… adakah karena dosa-dosaku yang menyebabkan aku seperti ini? sentiasa berusaha untuk menenangkan hati… namun aku tak terdaya lagi hanya mampu berdoa agar perkara yang akan datang kelak adalah yang terbaik buatku…
apa-apa risiko yang akan datang terpaksa ku tempuhi jua, namun sebelum risiko itu bertandang masih ada waktu untuk ku berusaha supaya tiada risiko kelak..
Entah mengapa hati ku tidak tenang seperti ia menangis sahaja… terasa tertekan pun ada , terasa tidak mampu pun ada,terasa sakit pun ada,dan terasa macam-macam pun ada…hmmm :(
Ya Allah tenangkanlah hatiku ini. aku tidak terdaya lagi..
Ya Allah. kuatkanlah semangatku tabahkanlah hatiku. Amin..

0 komentar:

Posting Komentar